Use LEFT and RIGHT arrow keys to navigate between flashcards;
Use UP and DOWN arrow keys to flip the card;
H to show hint;
A reads text to speech;
58 Cards in this Set
- Front
- Back
Asia Tenggara terbahagi kepada..
|
1. Tanah Besar Asia Tenggara
2. Kepulauan Asia Tenggara |
|
5 contoh kerajaan awal Tanah Besar Asia Tenggara?
|
1. Funan
2. Chenla
3. Angkor
4. Sukhotai
5. Ayuthia |
|
3 contoh Kepulauan Melayu?
|
1. Kedah Tua
2. Gangga Negara
3. Langkasuka |
|
4 contoh Kepulauan Indonesia?
|
1. Srivijaya
2. Majapahit
3. Singhasari
4. Mataram |
|
Apakah Amaravati?
|
Lokasi seni pahatan arca.
|
|
2 bentuk kerajaan awal?
|
1. Kerajaan Agraria
2. Maritim |
|
Jelaskan Kerajaan Agraria.
|
Kerajaan yang menjalankan aktiviti ekonomi berasaskan pertanian, perternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai.
|
|
Di mana letaknya kerajaan-kerajaan Agraria?
|
Kawasan pertanian yang subur :
- lembah sungai
Kawasan pedalaman:
- kawasan berbukit
- lereng tanah gunung berapi |
|
4 contoh kerajaan agraria AWAL
|
1. Angkor
2. Sailendra
3. Sukhotai
4. Funan (kemudian menjadi maritim) |
|
Jelaskan kerajaan maritim.
|
Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan dan kelautan, serta berfungsi sebagai pelabuhan.
|
|
Di mana letaknya kerajaan-kerajaan maritim?
|
- Kawasan pesisir pantai - Lembah sungai - Kepulauan |
|
3 contoh kerajaan maritim
|
1. Srivijaya di Sungai Musi
2. Kedah Tua di Sungai Merbok dan Sungai Muda
3. Tiumah di Pulau Tioman |
|
Tanaman utama kerajaan agraria?
|
Padi
- padi sawah - padi huma |
|
Tanaman sampingan kerajaan agraria?
|
1. Jagung
2. Pisang
3. Keledek
4. Sayur-sayuran |
|
Hasil hutan kerajaan agraria? |
1. Gaharu
2. Damar |
|
Aktiviti lain di kerajaan Agraria?
|
1. Mengambil sarang burung untuk tujuan perdagangan dari - gua
2. Menangkap ikan di - sawah, paya.
3. Menternak - lembu, kerbau
|
|
5 faktor-faktor kerajaan Agraria maju?
|
-Usaha Raja Indravarman I
1. Membina sistem pengairan dan baray -Faktor lain 2. Kedudukan berhampiran dengan Tasik Tonle Sap 3. Tanah yang subur 4. Iklim panas lembab sepanjang tahun 5. Sumber ikan air tawar dari Tasik Tonle Sap. |
|
Kepentingan Tasik Tonle Sap?
|
1. Menjadi punca air utama untuk mengairi sawah.
2. Menjadi punca bekalan air minuman. |
|
4 sebab perkembangan Funan dari kerajaan agraria kepada kerajaan maritim?
|
1. Kedudukan Oc-eo yang terletak di muara Sungai Mekong.
2. Terlindung daripada tiupan angin dari Teluk Siam. 3. Mempunyai kemudahan pelabuhan. 4. Kemudahan mendapatkan bekalan minuman dan makanan. |
|
3 jenis pelabuhan di kerajaan maritim?
|
1. Pelabuhan pembekal
2. Pelabuhan kerajaan 3. Pelabuhan entrepot |
|
Peranan pelabuhan pembekal?
|
Membekalkan bahan logam tempatan seperti timah dan emas serta bekalan makan kepada pedagang yang singgah untuk mendapatkannya.
|
|
Apakah pelabuhan kerajaan? |
Pelabuhan yang asalnya merupakan pelabuhan pembekal tetapi kemudian menjadi pelabuhan kerajaan apabila petempatan tersebut berkembang dan menjadi sebuah negeri.
|
|
Peranan pelabuhan entrepot?
|
1. Membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan takluknya kepada pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya.
2. Membeli barangan daripada pedagang antarabangsa dan mengedarkannya kepada pedagang yang datang dari pelabuhan sekitarnya dan kawasan takluknya. |
|
3 Faktor perkembangan kerajaan maritim |
1. Semangat masyarakatnya untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat di luar masyarakatnya.
2. Mempunyai kemahiran membuat perahu dan kapal layar. 3. Mengetahui kaedah untuk menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit. |
|
Faktor perkembangan kerajaan maritim - Srivijaya?
|
1. Memiliki bala tentera laut yang besar.
2. Kedudukan strategik di Selat Melaka. 3. Pelabuhan Srivijaya mampu menghasilkan kapal besar. |
|
Peranan tentera laut di Srivijaya
|
1. Mengawal perdagangan di Selat Melaka 2. Mengawal keselamatan kerajaan |
|
Ciri-ciri kerajaan maritim - Kedah Tua
|
1. Terletak di Lembah Bujang
2. Menjadi pelabuhan entrepot 3. Menganut agama Buddha kemudian agama Hindu |
|
Bukti peranan Kedah Tua sebagai pelabuhan entrepot
|
1. Jumpaan tembikar China 2. Pelita tembaga dan tembikar dari Timur Tengah |
|
Faktor perkembangan kerajaan maritim - Kedah Tua |
1. Gunung Jerai menjadi panduan kapal pedagang melalui nyalaan api
2. Kedudukan strategik yang terlindung daripada tiupan angin monsun barat daya dan timur laut 3. Kemudahan menyimpan barang dagangan 4. Kekayaan hasil hutan |
|
4 Cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha
|
1. Golongan Ksyatria
2. Golongan Vaisya 3. Golongan Brahmin 4. Pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja yang kemudiannya disesuaikan denagn budaya tempatan untuk diamalkan |
|
Apakah gelaran yang digunakan sebelum raja? |
Ketua, gelaran raja hanya digunakan apabila muncul kerajaan awal yang dipengaruhi oleh sistem beraja di India
|
|
Raja berkuasa mutlak dalam...
|
Semua aspek meliputi pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan, dan khazanah negara.
|
|
Sesiapa yang melanggar perintah raja...
|
tidak akan diampunkan.
|
|
Apakah peranan unsur mitos dan legenda tentang asal usul raja?
|
Untuk memperkuatkan kedudukan dan status raja sebagai pemerintah.
|
|
Upacara pertabalan raja diketuai oleh...
|
golongan Brahmin
|
|
Jelaskan konsep orde kosmos.
|
1. Negara dianggap sebagai suatu alam semesta.
2. Raja dan ibu kotanya ialah pusat alam dan pusat pemerintahan. 3. Raja bertanggungjawab untuk mengatur kesejahteraan negara dan rakyat selaras dengan Dharma. |
|
4 kumpulan anak raja?
|
1. Yuvaraja
2. Pratiyuvaraja
3. Raja kumara
4. Raja putra - tidak boleh menggantikan tempat raja kerana dia merupakan anak gundik |
|
Apakah amalan yang berhubung dengan taat setia pada zaman Srivijaya?
|
Setiap orang yang dilantik menjadi datu hendaklah mengikuti upacara mengangkat sumpah yang dilaksanakan di Telaga Batu di Palembang. |
|
Jelaskan proses asimilasi
|
Masyarakat manusia yang mempunyai budaya yang berbeza saling berhubungan antara satu sama lain dalam tempoh masa yang lama hingga menyebabkan muncul unsur percampuran antara kedua-dua budaya yang berbeza.
|
|
Tujuan dan contoh jenis monumen?
|
Tujuan.
Memperingati orang ternama atau peristiwa penting Contoh jenis 1. Candi 2. Patung |
|
Peranan candi?
|
1. Monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
2. Sebagai rumah ibadat 3. Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya 4. Tempat menyimpan patung dewa utama 5. Lambang keagungan seseorang pemerintah 6. Melambangkan orde kosmos 7. Melambangkan kehebatan seni |
|
Contoh candi dan agama yang dilambangkan
|
1. Agama Hindu - Candi Dieng , Candi Prambanan
2. Agama Buddha - Candi di Thailand |
|
Contoh candi lain
|
1. Candi Dieng 2. Candi Prambanan 3. Candi Borobodur 4. Angkor Wat |
|
Peranan Patung Avalokitesvara? |
Patung agama Buddha
|
|
Peranan Patung dewa Visnu, Siva, Brahman, Durga, Lingga?
|
Patung agama Hindu
|
|
Peranan patung Drawapala dan Nandiswara?
|
Menjaga candi daripada dimasuki roh jahat |
|
Patung yang dibuat antara abad ke-3 hingga ke-5 Masihi terdapat..
|
Pengaruh Amaravati
|
|
Patung yang dibuat antara abad ke-5 hingga ke-7 Masihi terdapat..
|
Pengaruh zaman Dinasti Gupta
|
|
Ciri-ciri Angkor Wat? |
1. Dibina untuk agama Hindu
2. Terletak enam kilometer ke utara Siem Reap 3. Melambangkan orde kosmos 4. Tinggi 213 meter 5. Keluasan 203 hektar 6. Mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah yang tinggi 39 meter dengan teres bertingkat empat. 7. Setiap sudut mempunyai menara 8. Bahagian luar terdapat tembok dibuat daripada batuan laterit dan batu pasir 9. Terdapat ukiran yang menggambarkan epik Ramayana dan Mahabharata |
|
Ciri-ciri Candi Borobodur?
|
1. Mewakili agama Buddha Mahayana
2. Terbahagi kepada tiga tingkat 3. Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan 4. Tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha 5. Tingkat ketiga terdapat ukiran melambangkan tiga tahap kehidupan 6. Dibina dalam masa 75 tahun |
|
3 tahap kehidupan?
|
1. Sila 2. Samadhi 3. Panna |
|
Bentuk candi agama Hindu?
|
Terbahagi kepada :
1. Vimana - bahagian suci tempat arca keagamaan diletakkan 2. Mandapa - bahagian luar candi |
|
Bentuk candi agama Buddha? |
Cruciform
|
|
3 contoh batu bersurat?
|
1. Batu bersurat Kutei - menjelaskan keturunan raja
2. Batu bersurat Sungai Mas - berkaitan dengan Agama Buddha 3. Inskripsi di Palembang - ditulis dalam bahasa Melayu kuno |
|
Contoh sastera India?
|
1. Epik Ramayana 2. Epik Mahabharata 3. Epik Puranas |
|
Contoh puisi Jawa?
|
1. Sutasoma
2. Kunjarkarna |
|
Mahabharata melahirkan..
|
Hikayat Pendawa Lima
|
|
Ramayana melahirkan.. |
Hikayat Seri Rama
|